Categories: HiburanSelebriti

Inilah Rahsia Kecantikan Sajat!

Dalam episod empat kali ini, Sajat kelihatannya masih dilanda dilema berkenaan isu pekerjanya yang mengambil cuti yang agak lama. Namun, mereka masih tidak dapat berbuat apa-apa kerana pekerjanya itu tidak meninggalkan apa-apa pesan sebelum mengambil cuti yang agak panjang.

Walaubagaimana pun, episod kali ini tidak berhenti disitu sahaja kerana, Sajat akan menunjukkan kepada penonton bagaimanakah proses ketika beliau membuat asthetic cosmetic terhadap pelanggannya. Wow! Patutlah Sajat pun kelihatan cantik dan bertenaga kan? Dan yang penting, Sajat siap bagi tips untuk penjagaan kulit tau!

Selain itu, Sajat juga turut berkongsi tentang pengalaman beliau dan dimanakah beliau mendapatkan kursus asthetic cosmetic ini.

Selepas menjalankan tugasnya sebagai beautician, Sajat juga turut memberikan pesanan kepada penonton dan peminatnya agar membayar zakat dan juga GST pada setiap bulan. Kerana, baginya membayar zakat dan sebagainya itu pada setiap bulan dapat mengurangkan beban. Bak kata Sajat, “Ambik yang positif, kurangkan yang negatif”.

Untuk episod seterusnya, penonton jangan lupa menyaksikan Nur Sajat Rated Xtra kerana, dengar cerita Sajat nak bawa kita semua ke sesi photoshoot beliau. Agaknya, apa pula drama Sajat kali ni ye? Kalau nak tahu, jom tonton di www.tonton.com.my!

 

Salma Syahbuddin