Categories: LIFESTYLE

3 Sebab Jangan Makan Ubi Kentang Bertunas

3 sebab untuk anda berhenti guna ubi kentang yang sudah bertunas dan sayuran-sayuran bertunas lain :

1. Ia Juga Boleh Menyebabkan Anda Berasa Sakit Kepala.

Bahayanya bukan sahaja setakat sakit perut, jika anda makan dalam kuanti yang banyak ia juga boleh mendatangkan mudarat kesihatan yang lain.

Makan ubi kentang bertunas dalam kuantiti yang banyak sebenarnya boleh menyebabkan anda mendapatkan masalah kesihatan yang lain seperti mual, pening, muntah, perut menjadi kejang dan sakit kepala.

( link : Medlineplus US )

2. Ubi Kentang Bertunas Mungkin Sudah Kehilangan Khasiat

Menurut pakar, ketika kentang mengeluarkan tunas pati yang terdapat di dalam kentang telah bertukar menjadi gula. Namun, sekiranya ubi kentang masih lagi dalam keadaan baik, maka masih terdapat khasiat di dalamnya. Jika kentang sudah lembut dan mengecut, ia tidak boleh di makan lerana khasiatnya sudah hilang.

(link : Healthy Diet Base )

3. Undang Risiko Kanser

Selain itu di dalam ubi kentang sendiri terdapat kandungan akrilamida. Dalam kajian yang dijalankan pakar terhadap haiwan, mereka menmui kaitan antara akrilamida dengan penyakit kanser namun tidak jelas kaitannya ke atas manusia. Namun mereka tidak menolak bahawa akrilamida juga mungkin boleh menjadi punca penyakit kanser kepada manusia seperti kanser ovari dan sebagainya.

Jadi anda bukan sahaja perlu berhenti makan kentang yang sudah bertunas, malah anda juga perlu mengurangkan pengambilan ubi kentang dalam masakan harian anda.

(link : New Scientist)

Sumber : Mingguan Wanita dan Siakap Keli 

 

SGMS Enal