INSAF LAH WAHAI LAHANAT! FATHIA LATIFF DIKECAM LAGI

Tahun 2017 merupakan tahun yang penuh dengan kontroversi bagi pelakon Fathia Latiff apabila video Bigo yang menunjukkan beliau berpakaian seksi dan merokok tular dilaman sosial. Dan, boleh dikatakan awal tahun ini Fathia sekali lagi menimbulkan kontroversi dengan memuat naik satu video review produk di laman instagramnya. Namun, apa yang lebih menarik perhatian bukanlah produk yang cuba ditunjukkan oleh beliau, tetapi penampilan Fathia sendiri. 

Kalau dilihat menerusi klip video pendek ini, penampilan Fathia dari segi pemakaian tudung serta kukunya yang panjang dan berwarna itu yang menjadi perhatian netizen. Bagi mereka, imej yang ditunjukkan oleh Fathia itu bukanlah imej yang betul bagi seorang wanita yang berhijab.

Sabarlah wahai Fathia! Sebagai seorang artis, memang lumrah untuk sentiasa menjadi perhatian dan mendapat kecaman terutamanya netizen diluar sana. Apapun, semoga Fathia Latiff menjadikan komen dari netizen itu sebagai sesuatu yang positif untuk berjaya pada masa akan datang.

Salma Syahbuddin