Categories: HiburanTrending

Intan Payung Layak Ke AJL36, Noraniza Idris Bakal Nyanyi Dengan Bunga

Bintang rap wanita, Bunga, 22, mengesahkan dia bakal mempertandingkan lagu kolaborasi Intan Payung bersama penyanyi Noraniza Idris di pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36).

Perkara ini juga menjawab status penyanyi baru, Amsyar Leee yang menggantikan Noraniza (Kak Ani) di peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36), lapor Harian Metro.

Amsyar tampil berduet bersama Bunga dan menggantikan Kak Ani di SFMM36 kerana Ratu Pop Tradisional itu sedang mengerjakan ibadah umrah di Makkah.

“Saya sangat berterima kasih dengan Amsyar kerana sudi membantu untuk menyanyi bersama saya pada SFMM36. Syukur Alhamdulillah, gandingan kami dapat mara ke AJL36.

“Untuk AJL36 yang bakal menjelang tiba, saya akan buat persembahan bersama Kak Ani. Itu mengikut apa yang diberitahu oleh Kak Ani sebab dia akan balik dari umrah tidak lama lagi,” katanya.

Memberikan komen mengenai rezekinya menjejakkan kaki ke pentas AJL buat kali pertama, Bunga mahu mencuba sehabis daya.

“Insya-Allah, kami akan cuba buat ‘all out’ sehabis baik dan yang termampu. Saya juga taknak memikirkan itu (AJL36) sebagai pertandingan, malah saya akan anggap ia salah satu platform peluang membuktikan peningkatan dalam diri saya dan Kak Ani,” katanya.

Terdahulu, kehadiran Amsyar menggantikan Kak Ani untuk bertanding dengan Bunga di SFMM36 dikecam kerana ada yang mempertikaian pemilihan penyanyi baru itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Terima Segala Kecaman, Tapi..” – Ganti Noraniza Idris Nyanyi Lagu Intan Payung, Amsyar Leee Dikritik Netizen

Selain Intan Payung yang dicipta oleh Luca Sickta, Bunga & Amzar Razqa serta lirik oleh Bunga & Siqma terpilih ke AJL36, 11 lagi lagu yang berjaya mara ke pentas berprestij itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul, Haqiem Rusli, Naim Daniel Lolos Dengan 2 Lagu – Ini Senarai Penuh 12 Finalis AJL36

Sumber: Harian Metro

Padin