Categories: HiburanSelebriti

Ish…Siapa Panggil Noorshila Amin ‘Nenek Over’?

Penyanyi Noorshila Amin mengaku tidak terasa hati apabila pernah dikritik sebagai penyanyi yang sudah lanjut usia namun mempunyai perwatakan ‘over’.

Akui wanita berusia 55 tahun ini, dia tidak mahu mengambil pusing dengan tanggapan negatif yang tidak memberi faedah kepadanya.

“Kadang-kadang saya perhati sahaja komen daripada warganet di laman sosial. Tetapi saya selalu ingatkan diri sendiri agar sentiasa positif.

“Mereka kata saya nenek yang perlu duduk rumah dan tidak perlu lagi menyanyi. Masalahnya saya masih lagi belum bercucu. Memang anak-anak saya semua dewasa dan sudah boleh berdikari. Apa salahnya kalau saya kembali aktif menyanyi,” ujarnya ketika ditemui di sidang media program realiti Gegar Vaganza, semalam.

Noorshila yang merupakan salah seorang peserta yang bakal berentap memberitahu dia sudah mempersiapkan diri untuk kembali aktif di pentas nyanyian.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai rahsia Noorshila yang masih bertenaga setiap kali menyanyi di pentas, ibu empat anak ini mempunyai tips tersendiri.

“Setiap hari saya akan bersenam selama 30 minit. Tidak kisah sesibuk mana pun, mesti bersenam.

“Saya berjaya mengurangkan berat badan dari 91 kilogram ke 70 kg. Banyak perkara yang saya perlu korbankan antaranya tidak makan nasi selama lapan bulan. Selain itu saya juga tidak minum air manis.

“Saya sentiasa percaya ‘We are what we eat’. Jadi 20% saya letakkan kepada senaman selebihnya penjagaan pemakanan. Insha Allah saya mahu kekal sihat,” akhirinya.

Oleh: Fas

SGMS Faida