Isteri Shah Iskandar Bakal Buka Ladang Unta?

Walaupun telah hampir 5 tahun berkahwin, pelakon  Shah Iskandar jarang sekali bercerita mengenai isteri kesayangannya kepada media. Mungkin ramai yang belum mengenali Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Mohd Noor adalah seorang saintis biotech lulusan Universiti Pertanian Malaysia.

Shah juga khabarnya telah membantu Sarah bersama-sama membuka sebuah spa kecantikan mereka yang terletak di bangunan Empire Damansara. Spa kecantikan tersebut menawarkan pelbagai servis kecantikan yang menggunakan teknologi terkini.

Sarah sememangnya sudah mengeluarkan produk jenama sendiri, Wunder Skinz yang dijual secara kecil-kecilan kepada teman-teman rapat beliau dan Shah Iskandar. Namun demikian, baru-baru ini Sarah khabarnya akan bekerjasama dengan pihak Kementerian Pertanian untuk membuka sebuah ladang unta pertama di Malaysia.

Gambar sekadar hiasan. (Kredit foto Wikipedia)

“Ya benar saya dan teman baik saya, Putri akan membuka sebuah ladang membela unta tidak lama lagi,” ujar Sarah ketika ditanya mengenai ladang unta tersebut. “Kami telah menjalankan kajian selama 4 tahun. Baru tahun ini kami berani untuk merealisasikan impian kami.”

Sarah bersama Putri dan Dr Aiman daripada Jabatan Veterinar Kementerian Pertanian Malaysia.

Masih berahsia lagi tentang lokasi ladang unta tersebut, Sarah berjanji akan menjemput media untuk ke upacara pembukaan rasmi kelak.

“Segalanya masih berada ditahap proses perlaksanaan lagi. InSyaaAllah saya akan menjemput media sempena perasmian kelak,” kata Sarah menutup perbualannya bersama XTRA.

Apa-apa pun, kami di XTRA mendoakan kejayaan ladang unta Sarah dan Putri. 

 

Del14