Isu ‘Biadap’ Dengan Pembaca Berita, Syazwan Zulkifly Tampil Pertahan Hattan – “Nak Bantai Aku? Silakan”

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai isu Datuk Hattan yang dikatakan bersikap biadap ketika ditemu bual oleh seorang pembaca berita sebuah stesen televisyen berkenaan rakan seangkatannya iaitu Allahyarham Mael XPDC.

Susulan sikapnya itu, rata-rata warganet mengkritik Hattan sebagai tidak beradab malah isterinya, Datin Arianie Abidin mendedahkan bahawa mereka turut menerima ugutan bunuh ekoran insiden tersebut.

Artikel Berkaitan: Dikecam Netizen Gara-Gara ‘Sekolahkan’ Pembaca Berita, Ini Respons Hattan

Artikel Berkaitan: Datuk Hattan Enggan Ulas Isu ‘Biadap’ & Permohonan Maaf, Dakwa Tak Tahu Itu Siaran Langsung 

Artikel Berkaitan: Isteri Hattan Mengaku Terima Ugutan Bunuh, Peguam Hafidza Hassan Tampil Beri Amaran – “Saya Memang Anti Buli Siber!”

Namun begitu, pelakon Syazwan Zulkifly dilihat memuat naik hantaran di Instagram Storienya (IGS) seperti mempertahankan Hattan.

Kata Syazwan, dia memahami kenapa Hattan bertindak menjawab soalan sebegitu rupa tanpa menjelaskan dengan lebih terperinci.

Bukan itu sahaja, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu turut mengakui tidak gentar jika kenyataannya itu dikritik oleh orang ramai.

“Somehow aku faham kenapa Datuk Hattan jawab soalan macam tu.

“Apahal? Nak bantai aku pula? Silakan,” tulisnya.

Atiqah Johari