Isu Fasha Sandha Cedera, Azhan Rani Kesal Tajuk Akhbar Undang Fitnah? – “Emosi, Hati & Perasaan Aku Tak Penting Pun”

Minggu lalu tular mengenai insiden membabitkan pelakon Fasha Sadha yang cedera di bahagian mata ketika menjalani penggambaran sebuah telefilem bersama pelakon Azhan Rani di Johor.

Susulan daripada insiden tersebut, Fasha dikejarkan ke hospital pakar di Johor Bahru dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital pakar di ibu kota.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Dia Cuba Gerakkan Mata Kiri Yang Cedera…” – Aidil Aziz Kongsi Keadaan Terkini Fasha Sandha

ARTIKEL BERKAITAN: Terhentak Di Bucu Katil Sehingga Tulang Mata Patah & Bengkak, Fasha Sandha Dikejarkan Ke Hospital

Terbaharu, Azhan tampil menjelaskan perkara sebenar selepas terdapat sebuah akhbar tempatan menulis tajuk yang seolah-olah menyalahkan dirinya.

“Dah headline tulis macam tu aku nak cakap apa lagi.

“Aku sendiri belum bagi apa-apa kenyataan. Buat masa ini..emosi aku, hati aku, perasaan aku tak penting pun,” luahnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Nur ini mengharapkan semua dapat mendoakan Fasha agar diberi kesembuhan dan reda dirinya menjadi sasaran netizen.

“Aku cuma minta sama-sama kita jangan putus doa untuk dia. Moga kecederaan yang ditanggungnya semakin pulih dan kembali seperti dulu.

“Yang dah jadi telah pun jadi. Macam aku katakan haritu lepaskan saja emosi kamu semua pada aku kalau itu boleh melegakan kamu semua tapi mohon sama-sama mendoakan untuk Fasha Sandha agar dia cepat sembuh.

“Biarlah segala kenyataan itu nanti dijelaskan tuan punya badan terlebih dahulu. Berilah ruang pada dia untuk dapatkan rawatan terbaik terlebih dahulu,” jelasnya.

Terdahulu, Azhan yang bergandingan bersama Fasha dalam melakonkan babak tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Malah ramai juga yang menyalahkan Azhan atas apa yang berlaku kepada aktress jelita tersebut sehinggakan menyebabkan kecederaan.

Tidak berdiam diri, Azhan tampil memberikan penjelasan mengenai insiden yang menimpanya itu selepas insiden tersebut terjadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden Fasha Sandha Cedera Di Set Penggambaran, Azhan Rani Tampil Beri Respons – “Rehearsal Dah Dilakukan, Segalanya Hanya Teknik Saja Tapi…”

Khairil Khusyairi