Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 30, 2023 @ 5:05pm

Isu Langgar Kontrak & Bayaran Ganti Rugi RM200,000, A. Aida Persoal Sikap Amelia Henderson – “Susah Sangat Ke Nak Mohon Maaf?”

Penerbit sensasi, Datuk A. aida mempersoalkan tindakan pelakon, Amelia Henderson yang masih berkeras tidak mahu membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kes melanggar kontrak sebuah drama.

Sebelum ini, Mahkamah menetapkan Amelia untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 terhadap syarikat A. Aida Productions Sdn Bhd pada 7 April lalu.

Susulan itu, Amelia memfailkan rayuan dan menurut peguam, Ashmadi Othman mewakili A. Aida mereka sedang berada dalam proses ‘review’ untuk menetapkan tarikh rayuan aktres itu.

A. Aida atau nama lengkapnya, Zaidah Awang berkata pihak Amelia seakan tidak menghormati keputusan mahkamah.

Amelia Henderson

Beliau juga meluahkan rasa pelik terhadap Amelia yang seakan sukar untuk membuat permohonan maaf dan menurunkan video.

“Sebenarnya kalau nak kira, saya frust dan kecewa juga sebab sampai sekarang saya masih menunggu bila pihak belah sana hendak membuat permohonan maaf dan take down video memfitnah saya dan syarikat.

“Bagi saya pihak disana tu seperti tidak menghormati keputusan pihak mahkamah yang telah memihak kepada saya.

“Sampai sekarang saya masih menunggu dan sabar… jadi saya pun dah berbincang dengan peguam saya, tunggu sajalah.

“Tapi yang saya peliknya kenapa susah sangat ke nak buat permohonan maaf? Saya sometimes tak boleh brain.

“Saya difahamkan oleh peguam saya dia tiba-tiba nak buat rayuan takkan lah permohonan maaf pun nak buat rayuan Ya Allah Ya Tuhanku tak tahulah fikir sendirilah.

“Saya yakin saya berada di pihak yang benar dan segala keputusan saya serahkan kepada pihak mahkamah,” akhirnya ketika ditemubual oleh pihak Melodi TV3.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih Rela Bekerja Dengan Bakat Baru, A. Aida Blacklist Amelia Henderson Seumur Hidup! – “Ini Pertama Kali Saya Jumpa…”

ARTIKEL BERKAITAN: Amelia Henderson Diperintah Bayar Lebih RM200,000… A Aida Luah Rasa Syukur! – “Dulu Ajak Berdamai Tak Nak, Syukur Kemenangan Pada Saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Ganti Rugi lebih RM200,000 Terhadap A. Aida, Rayuan Amelia Henderson Diketahui 24 Julai Ini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

Eina Azman Dapat Kereta Mewah Lagi?

Datin Eina Azman telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-23 dan ramai yang tertanya-tanya hadiah apakah yang bakal diterima oleh Eina memandangkan beliau seringkali mendapat hadiah mewah daripada suaminya,  Datuk Paduka Kaiser?

Hiburan Mon, 23 Mar 2026
Featured Wed, 9 Nov 2022
Hiburan Thu, 17 Jan 2019

#AJL33: Pertama Kali Beraksi Di Final, Siti Sarah Mengaku Rasa Takut

Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Kalau tiada bermakna saya perlu mencuba lebih baik lagi di masa akan datang…

Hiburan Fri, 21 Feb 2020

Takziah, Anak Dayangku Intan Meninggal Dunia

Takziah diucapkan buat keluarga Dayangku Intan.

Hiburan Mon, 18 Aug 2025

Bukit Bintang Bergegar! Ajak Peminat Berdangdut, Ratusan Peminat Serbu Persembahan Haiza

Wow! Satu Bukit Bintang terhibur dengan Haiza, memang meledak!

Events Sat, 12 Oct 2024
Trending Wed, 19 Feb 2020
error: Content is protected !!