Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir April 7, 2023 @ 4:00pm

Lebih Rela Bekerja Dengan Bakat Baru, A. Aida Blacklist Amelia Henderson Seumur Hidup! – “Ini Pertama Kali Saya Jumpa…”

Penerbit sensasi, Datuk A. Aida menegaskan bahawa dia tidak akan bekerjasama lagi dengan pelakon Amelia Henderson dalam mana-mana projek penerbitan syarikatnya selepas ini.

Memetik laporan Kosmo, dia turut memberitahu nama Amelia kini telah disenarai hitam daripada diambil berlakon dengan syarikatnya, A Aida Production Sdn Bhd.

“Saya akan blacklist dia seumur hidup. Takkan sama sekali bekerjasama dengannya lagi.

“Macam saya cakap, ini pertama kali jumpa artis spesis sebegini. Lain kali kalau ambil (berlakon), mungkin dia akan buat lagi.

“Jadi, saya dah tutup pintu hati saya untuk tidak memanggilnya berlakon lagi. No more!,” tegasnya.

Menurutnya lagi, dia lebih rela bekerjasama dengan bakat-bakat baru yang tidak menyusahkan dan menyulitkan keadaan.

“Saya nak beri peluang kepada artis-artis baharu yang tidak bermasalah. Tak nak dah artis yang esok nak shoot, malamnya tarik diri. Minta maaflah,” ujarnya.

Hari ini, Mahkamah Sesyen Sivil mengarahkan Amelia atau nama sebenar, Amelia Thripura Henderson, 28, untuk membayar lebih RM200,000 kerana melanggar kontrak syarikat penerbitan, A Aida Production Sdn Bhd.

Malah, Hakim, Zulqarnain Hassan turut memutuskan supaya pelakon itu memohon maaf dan memadam semua perkongsian video di Instagram yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat milik A. Aida.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 Mar 2023
Featured Mon, 14 Oct 2024
Featured Mon, 8 May 2023
LIFESTYLE Wed, 19 Dec 2018
Trending Mon, 2 Dec 2024

Raikan Perjalanan Kasih Sayang Sejati Dalam Rumah Tangga, Sirap Limau Lancar Kempen ‘Masam Masam Manis’

Kempen Masam Masam Manis bertujuan untuk meraikan realiti sebenar dunia perkahwinan.

error: Content is protected !!