Isu Selamatkan Anjing, Izzue Islam Ada Alasan Sendiri

Pelakon dan juga ahli kumpulan Forteen ini telah memuat naik satu video berdurasi kurang dari 20 saat menerusi laman instagram beliau menunjukkan Izzue sedang menyelamatkan dua ekor anak anjing yang terjatuh ke dalam longkang. Tujuan Izzue merakamkan detik-detik itu bertujuan untuk memupuk sikap prihatin di kalangan masyarakat disamping dapat menyemai semangat suka membantu haiwan yang dalam kesusahan.

“Saya terdetik merakamkan tindakan saya menyelamatkan anjing anjing terbabit, tempoh hari supaya orang lain juga prihatin dan dapat melakukan perkara yang sama. Tidak dnafikan, ada sesetengah daripada kita yang memandang jijik terhadap anjing hanya kerana kita orang Islam diharamkan menyentuhnya. Namun, ingatlah anjing pun makhluk Allah juga. Kita sesama makhluk Tuhan digalakkan saling membantu.”Jelasnya.

Tindakan yang diambil oleh Izzue Islam ini seterusnya mendapat pujian orang ramai dan followers beliau yang memuji tindakan penyanyi yang popular dengan single berjudul Muzik Tiduranku ini.

Tambah Izzue lagi, masyarakat haruslah lebih prihatin dan membantu haiwan jalanan terutamanya apabila berada dalam kesusahan. Kerana, beliau percaya masyarakat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap prihatin dan belas kasihan. 

 

Salma Syahbuddin