Buat kerja sikit dah penat…tidur dah cukup 8 jam tapi masih penat. Apa petandanya tu? AWAS, petanda toksin mungkin sudah terlalu banyak dalam badan kamu! Tahukah, keletihan adalah tanda tindak balas hormon terhadap sistem imun tubuh korang. Jom semak tanda-tanda tubuh yang penuh toksin!

Toksin membunuh bakteria baik dalam badan serta menghalang oksigen untuk bergabung dengan sel darah merah yang seterusnya menyebabkan organ tidak berfungsi dengan baik…

1) Sembelit

Sistem usus setiap hari bantu tubuh untuk membasmi kandungan toksin. Apabila seseorang diserang sembelit (kesukaran membuang air besar), ini bermakna tubuh kita secara senyap sedang mengumpul toksin sehingga menyebabkan tubuh memberi reaksi negatif lalu mengundang sembelit. Perut juga akan terasa pedih sekaligus mempengaruhi penyakit lain timbul seperti sakit kepala, sakit dan lenguh-lenguh badan serta kepenatan yang melampau.

2) Sakit Kepala

Apabila dalam keadaan stress, tubuh akan melepaskan sejenis hormon ke dalam saluran darah untuk menstabilkan kembali fungsi normal tubuh. Sendainya pening kepala masih berterusan untuk jangka masa yang panjang, hormon itu akan terkumpul lalu menjadi toksin sehingga menyebabkan sakit kepala serta migrain.

3) Lidah Berwarna Kuning/Putih

Lidah berwarna kuning lazimnya berpunca daripada keadaan organ hati yang terjejas. Sebaik kulit dan bebola mata juga sudah berubah menjadi kuning, segera berjumpa doktor kerana hati dan hempedu anda mungkin sudah berada dalam keadaan kritikal. Manakala, lidah berwarna putih yang dikaitkan dengan simptom toksin bisa menandakan jangkitan.

4) Masalah Kulit

Masalah kulit beruam dan berjerawat adalah angkara yang sering dikaitkan dengan toksin dalam badan. Untuk pengetahuan umum, jerawat biasanya timbul disebabkan kandungan toksin yang terdapat dalam makanan serta rangkaian penjagaan kulit. Adakalanya, keadaan mata sembab berkantung dan ekzema atau psoriasis juga merupakan simptom tubuh anda mengandungi toksin berlebihan.

5) Perut Berlemak (Buncit)

Badan kurus tapi perut buncit? Sebuah kajian terbaharu dari Sweden mendapati toksin jenis PCB (polychlorinated biphenyl) mempunyai hubung kait dengan lemak perut. Toksin ini akan menggalak tubuh untuk menyimpan lemak berlebihan pada kawasan sekitar perut.

Minum air suam dalam kuantiti yang banyak kerana itu akan bantu mengeluarkan toksin dari tubuh dan boleh makan banyak yogurt serta tempe untuk melancarkan sistem penghadaman.

Jangan lupa untuk memberus sekali lidah semasa memberus gigi kerana pada bahagian lidahlah banyak sisa makanan yang tertinggal seterusnya menjadi toksin kerana tidak dibersihkan secara rapi!

SGMS Faida