Adik kepada penyanyi Kumpulan Bunkface, Siti Saleha mengakui bahawa dirinya tidak menolak sekiranya dikurniakan dengan zuriat dalam masa yang terdekat. Menurut Siti Saleha, Dia dan suaminya hanya berserah kepada rezeki dan berharap peminat sentiasa mendoakan yang terbaik buat beliau. 

“Alhamdulillah segalanya baik-baik sahaja selepas saya berumah tangga kehidupan semakin bahagia. Bercerita mengenai anak, saya serta suami tidak menolak untuk mempunyai zuriat dalam masa yang terdekat dan segalanya bergantung pada rezeki.” Katanya.

Bagi pasangan yang diijabkabulkan pada 28 Julai 2017 ini, mereka tidak pernah merancang untuk mempunyai anak. Tetapi berharap sekiranya dikurniakan zuriat, mereka akan menerima dengan hati yang terbuka.

“Saya tidak pernah merancang untuk mempunyai anak, jika rezeki itu datang dengan cepat saya dan suami terima dengan hati yang terbuka.” Tambahnya.

Siti Saleha berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Bandar Aktiviti Seni Kuala Lumpur (BAS KL) di Galeri Seni Kebangsaan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Salma Syahbuddin