Izreen Azminda Mahu Tumpu Fokus Terhadap Perniagaan, Tapi Masih Ada Netizen Bitter Gara-Gara…

Walaupun sudah lama menyepi dari bidang lakonan, nama Izreen Azminda masih diingati oleh peminat-peminatnya.

Namun, siapa sangka kenyataan pelakon menerusi drama Hadiah Dari Tuhan ini disalah ertikan oleh segelintir warganet yang nampaknya masih ‘bitter’ dengan kontroversi lama melibatkan Izreen.

Terdahulu, memetik kenyataan Izreen menerusi laporan bersama Utusan Malaysia, aktres itu mengakui tidak mahu terlalu fokus terhadap bidang lakonan walaupun masih menerima beberapa tawaran.

Baginya, dia lebih selesa untuk meneroka dan mengembangkan lagi perniagaan kosmetik dan penjagaan kulit di bawah jenama L’Oleaf Beauty bersama rakan niaganya.

“Sekarang, Tuhan bagi nikmat lebih daripada apa yang saya dapat dulu. Sedih itu, sedihlah juga bila tak berlakon sangat dah. Malah pernah satu ketika, saya rasa macam tak yakin mampu untuk buat benda lain selain berlakon.

“Rindu pun ada. Tapi Allah bagi saya bermacam-macam nikmat lain bila fokus pada dunia perniagaan sekarang. Tak tahu macam mana nak gambarkan kebahagiaan itu,”katanya.

Tambah Izreen lagi, dia juga bersyukur memilih jalan ini kerana kehidupannya juga dirasakan lebih tersusun.

Sementara itu, melihat kepada respons yang diberikan warganet menerusi ruangan komen di Facebook Utusan Malaysia, terdapat segelintir mereka masih menggelar aktres ini dengan gelaran yang tidak sepatutnya.

 

Sumber: Facebook Utusan Malaysia

Salma Syahbuddin