Hiburan By: SGMS Fas March 3, 2018 @ 2:41am

Izreen Azminda terus dikecam bertalu-talu

‘Tak perlulah bermain wayang…..Aku doakan selepas ini Ude akan dirampas oleh perempuan lain”.

“Kita patut boikot Izreen dan produknya di pasaran…”

“Bukan main lagi jual tudung muslimah… dasar perampas suami orang.”

Demikian antara kata-kata kesat netizen khususnya kaum wanita terhadap pelakon Izreen Azminda seperti dilaporkan Harian Metro. 

Kecaman bertubi-tubi itu diterima Izreen, 32, sebaik sahaja suaminya, pemuzik Muhammad Radzi atau Ude Wahid, 29, memfailkan permohonan cerai terhafap  isteri pertamanya, Intan Liana Saleh, 33 baru-baru ini.

Ekoran kecaman netizen Izreen mahu pun Ude mengambil keputusan tidak mengakitfkan akaun Instagram masing-masing.

Keadaan itu memaksa para “haters” mengubah haluan ke halaman instagram kelab peminat Izreen mahu pun syarikat di mana Izreen menjadi duta produknya.

Namun kesemua Instagram berkenaan juga terpaksa diletakkan dalam mode privasi atau fungsi komen dimatikan.

Izreen sebelum ini dilaporkan memohon agar netizen tidak menyalahkannya sambil memberitahu tiada kaitan dengan permasalahan madunya bersama Ude.

Bagaimana pun, terdapat juga segelintir khalayak yang memahami dan membela Izreen sambil menyifatkan ia kehendak takdir.

Iya… siapalah kita untuk mempersoalkan kententuan takdir  kan!

Jodoh pertemuan mahu pun perpisahan hidup atau mati di tangan yang Maha Esa jua! Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul…

Doa sahajalah yang terbaik bagi kedua pihak.

Izreen berkahwin dengan Ude tahun lalu manakala Intan yang sudah 5 tahun berkahwin malah baharu sahaja sambut ulang tahun perkahwinannya ketika permohonan cerai difailkan mempunyai dua orang anak, Aris Muqri, 4, dan Ariq Mukri setahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 14 May 2019

‘Sakit Ini Peringatan’- Pita Suara Bermasalah, Hael Husaini Mahu Rehat

Sakit ini memberi peringatan supaya tidak mengabaikan diri.

Featured Mon, 3 Apr 2023
Hiburan Fri, 13 May 2022
Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Kenapa Madonna Tak Izin Seluar Dalam Dilelong?

Namun pihaknya gagal dalam usahanya menghalang lelongan barangan peribadi miliknya termasuk surat putus cinta daripada legenda Rap, Tupac Shakur dan seluar dalam yang dipos kepada kekasihnya.

Hiburan Wed, 21 Sep 2022
Events Fri, 3 Jun 2022