Selebriti By: Atiqah Johari April 5, 2024 @ 5:39pm

“Sebulan Boleh Dapat RM15,000” – Tak Sangka Boleh Raih ‘Income’, Azlee Senario Seru Artis Senior Aktif ‘Live’ Di TikTok

Pelawak dan pelakon senior, Azlee Senario meluahkan rasa terharu apabila menerima sokongan daripada para peminat yang masih menghargai kerjayanya dalam industri seni.

Azlee menzahirkan sedemikian apabila ditanya mengenai dirinya yang menangis ketika menerima hadiah dalam bentuk ‘koin’ atau ‘gift’ menerusi TikTok baru-baru ini.

Dia turut mengakui bahawa dia mampu meraih pendapatan sampingan dengan melakukan sesi siaran langsung di TikTok.

Namun begitu, dia menyatakan dirinya aktif di aplikasi tersebut sama sekali bukan untuk menagih simpati mahupun mengemis malah tidak menyangka mendapat sambutan baik.

“Saya pun tak sangka penangan TikTok ni dan saya baru sahaja belajar. Ada sahabat cadangkan saya untuk buat siaran langsung menerusi platform terbabit.

“Katanya boleh cari duit lebih dan terkejut apabila platform itu boleh jana pendapatan. Saya bersyukur orang beri ‘gift’ sebanyak itu. Memang rasa terharu.

“Ada satu hari, saya buat ‘live’ selama lima minit dan telah meraih RM8,500,” katanya.

Selain itu, Azlee mendedahkan bahawa dia pernah meraih pendapatan mencecah lima angka dalam masa sebulan.

“Saya tidak buat ‘live’ setiap masa. Saya ada sasaran saya sendiri. Dalam satu hari, saya mencari RM500 dan kalau lebih, itu bonus.

“Dalam sebulan saya boleh dapat RM15,000. Saya akan keluarkan setiap hujung bulan. Saya anggap itu pendapatan bulanan saya.

“Alhamdulillah, setakat ini, duit kereta dan rumah, TikTok yang bayar,” kongsinya.

Susulan itu, Azlee mencadangkan artis senior lain untuk aktif membuat ‘live’ di TikTok bagi menjana pendapatan sekiranya tiada tawaran kerja.

“TikTok ini boleh menjadi platform untuk meraih pendapatan sampingan terutamanya buat artis-artis lama. Mereka masih ada peminat yang sayang dan mahu berkongsi rezeki.

“Kita lihat sahaja Datuk Red, dia pernah susah sampai terduduk tapi disebabkan dia buang rasa malu dan gunakan platform yang betul, masyarakat sayang pada dia.

“Kita bukan minta sedekah tapi orang yang bagi, itu hadiah daripada orang ramai,” ujarnya pada Majlis Iftar & Tayangan Video Raya Suria FM, pada Isnin.

Untuk makluman, Azlee membuat penampilan istimewa menerusi drama Hari Raya Suria FM yang bertajuk, Suami Raya.

Drama Suami Raya kini boleh ditonton menerusi saluran Youtube Suria FM.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Sat, 17 Dec 2022

Netizen Sebak Lihat Hubungan Akrab Puteri Balqis & Ibu – “Mereka Harungi Liku Kehidupan Bersama…”

Tular perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang menunjukkan keakraban dan kemesraan pelakon Puteri Balqis dan ibu, Norashikin Mohd Aziz, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Norashikin sentiasa menemaninya dan turut berada di sisi […]

Trending Tue, 4 Oct 2022

Didakwa Tidak ‘Sweet’ Dengan Suami, Ini Respons Mia Ahmad

Tak semestinya tak tunjuk sweet dekat media sosial tak bahagia kan? Memandai je cakap orang mcm tu 🤨

Trending Mon, 18 Nov 2019

Henry Golding; The Only Malaysian Who Made It Into TIME’s 100 Next List

We could not have been more proud for our local talent! Congratulations!

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

Subsciber Youtube Cecah 100K, Siti Nurhaliza Bagi Hadiah Istimewa!

MasyaAllah…sedap tak tahu nak cakap macam mana ntah. Terbaik Tok Ti!

Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] “Hensemnya Laki Orang, Gagah!” – Silat Fattah Amin ‘Pukau’ Peminat

Fuhhhh, machonya Fattah Amin bersilat! Untunggg Fazura 🤪

Hiburan Mon, 18 Mar 2024
Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Watak Murad Dalam Kamar Kamariah Buat Fizz Fairuz DiBenci Peminat

Wow! siap ada hashtag #kecammurad lah pula

Hiburan Sat, 18 Aug 2018

Lizzy Mahu Zul Ariffin?

Polis Entry sudah meraih 3.5 juta tontonan di Youtube. Wow!

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

MEGHAN MARKLE HAS PICKED HER WEDDING DRESS DESIGNER

Alert to all royal wedding fans, Meghan Markle has picked her wedding dress designer and spills more information for her royal wedding too!