Izzue Islam Dan Isteri Terlibat Dalam Kemalangan?

Siapa sangka walaupun muncul dalam program Wanita Hari Ini (WHI) semalam, penyanyi dan pelakon, Izzue Islam dan isteri sebenarnya terlibat dalam kemalangan melibatkan kereta mereka semasa dalam perjalanan ke Sri Pentas.

Insiden yang berlaku pada jam 11.20 pagi itu, melibatkan dua buah kereta dimana  kereta milik Izzue telah dirempuh dari arah belakang ketika melalui Lebuh Raya Shah Alam (KESAS).

Masih terkejut dengan apa yang berlaku, Izzue bagaimana pun bersyukur beliau dan isteri masih selamat.

Sumber : Instagram @awinnurin

” Semuanya berlaku sepantas kilat, kami jadi keliru apabila dilanggar daripada belakang dan tak sangka kereta kami yang dihentam. Tapi, Alhamdulillah  saya dan Awin tidak cedera. Begitu juga pemandu kereta yang merempuh kami” Katanya.

Menurut Izzue, beliau tidak sempat untuk menunggu lama di  lokasi kejadian disebabkan terpaksa bergegas ke Sri Pentas untuk mempromosikan single terbaru beliau. 

Dan, mungkin adahikmah disebalik kejadian yang berlaku kerana, pemandu yang terbabit sama dalam kemalangan tersebut turut memberikan kerjasama yang baik dalam memkalumkan perkembangan terkini berkenaan kemalangan tersebut. 

Apapun, buat peminat Izzue Islam alhamdulillah pelakon dan penyanyi kesayangan korang ni tidak mengalami kecederaan. Itu yang paling penting, betul tak/

Terbaru, Izzue bakal tampil dengan single terbarunya berjudul Kau. Selain menjadi Duta bagi Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL2019) bersama Janna Nick. 

Salma Syahbuddin