Jadikan Bruno Mars Sebagai Idola, Syamel Ubah Haluan?

Penyanyi yang mempunyai kekuatan vokal yang cukup padu ini bukan sahaja mahu  mengubah haluan karier muziknya malah, Syamel juga mahu menampilkan lagu rancak dalam album-albumnya yang lain selepas lima album terdahulu beliau mengetengahkan genre muzik balada. 

Syamel membuat keputusan tersebut selepas mendapat inspirasi dan timbulnya rasa kagum terhadap penyanyi antarabangsa  yang juga merupakan idolanya, Bruno Mars ketika menyaksikan konsert penyanyi itu di Axiata Arena pada 9 Mei lalu.

” Saya memang peminat setia Bruno Mars sejak awal kemunculannya dan dia sentiasa buat saya kagum dengan persembahannya yang energetik dalam menghiburkan peminat. Peluang menonton konsertnya baru-baru ini sekaligus membuka mata saya untuk melakukan perunahan dalam menghasilkan lagu.” Katanya

Syamel yang agak lama menyepi turut memberitahu, keputusannya ini bukanlah bererti dia tidak mahu merakamkan lagu berentak balada sam sekali. Tetapi, beliau ingin melakukan sedikit perubahan dan pembaharuan agar kerjaya seni beliau sentiasa relevan. 

Terbaru, Syamel kini sedang dalam proses mencari dan menyiapkan material untuk single terbaru beliau yang dijangka akan dilancarkan pada tahun ini.

Salma Syahbuddin