Jamal Abdillah Bimbang Konsert Canggung Tak Jadi

Penyanyi Datuk Jamal Abdillah meluahkan kebimbangannya apabila Konsert Canggung Datuk Jamal Abdillah yang bakal berlangsung pada 29 Oktober ini di Perlis, ditunda.

Menurut Jamal, dia bimbang sekiranya konsert tersebut akan dibatalkan kerana keadaan cuaca dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal diadakan nanti.

“Memang agak gusar sebab takut benda tak jadi. Harapan saya sangat tinggi, agar konsert itu dapat berlangsung,” katanya.

“Memandangkan situasi semasa seperti Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), musim hujan dan sebagainya, saya kena akur juga.

“Kebanyakan tiket yang sudah dibeli adalah oleh wakil-wakil rakyat dan orang kerajaan. Mereka minta tunda ke Februari,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Jamal turut menyatakan dia tetap akan fokus dalam membuat persiapan menuju ke konsert itu nanti.

“Untuk persediaan, saya dah buat kerana saya akan berduet dengan lima artis lain. Semuanya saya dah fokus, cuma sebab ia tertunda, saya akan terus fokus,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Fatin Nurain