“Jangan Mudah Percaya, Nanti Bersusun Cari Di Akhirat..” – Mak Wan Latah Dibenci Keluarga Akibat Termakan Hasutan Fitnah

Pelakon veteran Mak Wan Latah meluahkan rasa kecewa apabila dirinya dipinggirkan dan dibenci oleh ahli keluarga yang dipercayai termakan hasutan dan fitnah yang tersebar di media sosial.

Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Dauh, 61, sebelum ini heboh menjadi buah mulut netizen mengenai konflik penceraian dan isu membabitkan bekas pembantu peribadi (PA) yang mendakwanya panas baran serta melakukan perkara syirik.

“Mak Wan dibenci dan tidak disukai oleh keluarga sekarang ini sebab jahat. Mak Wan ni jahat… adik yang jahat dan kakak yang jahat.

“Tapi untuk pengetahuan anda, Mak Wan ni bukannya seorang yang baik, tapi Mak Wan tak jahat,” ,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mak Wan sempat menitipkan pesanan pada semua pihak untuk tidak terus mempercayai kontroversi dan menghukum seseorang tanpa membuat usul periksa.

“Jangan suka menghakimi seseorang serta menilai tanpa mengetahui apa yang sedang dia lalui saat ini.

“Kalau tiada keluarga siapa lagi yang nak bantu? Mak Wan pun tak jadi macam ini tetapi bila jadi macam ini semua percaya sebab termakan fitnah, nanti bersusun semua cari Mak Wan di akhirat,” katanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Aku Simpan Lama…” – PA Mak Wan Latah Dedah Rahsia Amalan Bertentangan Ajaran Islam

Artikel Berkaitan: “Kesian Tengok Dia, Macam Menagih Simpati…” – Mak Wan Latah Bidas Dakwaan Amalkan ‘Syirik’ Seperti Didakwa Bekas PA

Artikel Berkaitan: “Manusia Bila Kita Tolong, Dia Gigit Kita Balik!” – Mak Wan Latah Nafi Dakwaan Amal Syirik, Akui Itu Hanya Skrip Untuk…

Artikel Berkaitan: “Dia Baling Kepala Saya Dengan Botol Coke…” – Buat Laporan Polis, Mak Wan Latah Pertahan Maruah

Sumber: mStar

Aqilah Paharuzi