“Jangan Tunjuk Sangat, Kat Luar Ramai…” – Kongsi Foto Bahagia Bersama Suami, Netizen Nasihatkan Nad Zainal

Genap sebulan berkahwin, pelakon Nad Zainal kerap berkongsi foto bahagia bersama suaminya, Ungku Ismail Aziz.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nad telah memuat naik fotonya bersama Ungku dengan kapsyen manis.

Dalam hantaran terbabit, Nad dan Ungku kelihatan segak dan cantik mengenakan pakaian sedondon berwarna hitam, sekaligus meraih perhatian dalam kalangan pengikutnya.

“My love.. Mail. Alhamdulillah,” tulisnya.

Namun, terdapat seorang individu yang tampil memberikan komen kurang senang dan mengingatkan aktres itu untuk tidak kerap menunjukkan kebahagiaannya.

“Kebahagiaan tu jangan tunjuk sangat, kat luar ramai penyondol,” katanya.

Biarpun menerima komen sedemikian, perkongsian tersebut tetap meraih pelbagai respons positif yang rata-ratanya terharu melihat kebahagiaan pasangan itu.

 

ARTIKEL BERKAITAN: “How I Wish Attitude Akak Secantik Muka” – Dianggap Sombong, Peminat Luah Rasa Kecewa… Ini Respons Nad Zainal

Fatin Nurain