Jarang Balik Kampung, Lia Natalia Cuti Beraya Sebulan

Bakal bercuti selama sebulan, pelakon Lia Natalia memberitahu mahu menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Kata wanita asal Tawau ini, dia sanggup menolak beberapa tawaran berlakon sepanjang musim perayaan kerana mahu pulang ke kampung halaman.

“ Saya jarang balik ke kampung. Kali terakhir saya balik ke Tawau adalah pada Raya tahun lepas.

“ Jadi ini waktu terbaik untuk saya meluangkan masa dengan ahli keluarga di rumah. Setahun bertungkus-lumus mencari rezeki, apa salahnya ambil cuti sebulan untuk jumpa mak ayah,” katanya kepada Xtra ketika ditemui di majlis Iftar Watie Collections di Shah Alam baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Lia juga kini sibuk dengan perniagaan kasut wanita di bawah jenama LiaXTheflickstore yang dijual di bazar sempena musim perayaan ini.

Difahamkan, Lia bakal membuka booth di karnival Bazar Raya 2019 PWTC, Kuala Lumpur dan Lefestour Borneo di Tawau bermula 24-26 Mei ini.

SGMS Fas