Jessica Jung Akan Keluar Single Terbaru Oktober Ini!

Bekas ahli kumpulan kpop Girl Generation, Jessica Jung akan mengeluarkan single terbarunya versi album Jepun yang bertajuk Call Me Before You Sleep.Wow! Mesti ramai yang tak sabar nak dengar lagu Jessica ni.

 

 

Tambahnya lagi, versi Korea juga akan dikeluarkan buat peminat yang telah lama menunggu single terbarunya itu. Malah, album versi Korea ini turut menampilkan GiriBoy, rapper terkenal Korea. 

Menurut AllKpop , berita itu telah disahkan oleh media dari Jepun di mana single tersebut akan dikeluarkan pada 9 Oktober ini !

Jessica turut merancang mengadakan sesi bertemu peminatnya di negara matahari terbit itu dengan tema “XOXO, Jessica Jung Fan Meeting” sebelum mengeluarkan album terbarunya itu nanti.

 

Malah, peminat Jessica juga berpeluang menyaksikan idola mereka ini menyanyikan single terbaru beliau secara live buat pertama kali di fan meeting itu nanti. 

Ditulis Oleh: Dina Azmi

Ad Ops