‘Jodoh Saya Kuat Dengan Raihan’- Sharifah Khasif

Johan Tilawah Al-Quran antarabangsa 2009 Sharifah Khasif Fadzilah meluahkan rasa bersyukur apabila hasrat menganjurkan konsert Qasidah Night bakal terlaksana tidak lama lagi.

Katanya ketika ditemui di sidang media Qasidah Night bersama kumpulan Raihan semalam, Sharifah menyifatkan ‘jodoh’ bersama kumpulan nasyid itu sangat kuat.

“ Kami pernah membuat persembahan bersama di atas kapal ketika pelayaran ke sebuah lokasi pada tahun lalu. Selalunya saya tengok persembahan mereka di tv, kali ini saya dapat berkongsi pentas semula dengan kumpulan lagenda ini,” katanya kepada XTRA.

Tambahnya, ‘Qasidah Night’ merupakan usahasama Pertubuhan Seni Qalam Sharifatunna Quranic Arts dan DVA Event Management sebagai salah satu usaha mempromosikan alunan Qasidah.

“ Tujuan sebenar acara ini diadakan sebagai usaha kita untuk menjadikan Qasidah sebagai Warisan Keseniaan Negara. Alhamdulillah selepas beberapa kali perbincangan, usaha kami diizinkanNya untuk membenarkan kami membuat persembahan bersama,” katanya.

‘Qasidah Night’ bakal dipentaskan di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara pada 27 April bermula jam 8 malam.

Persembahan pada malam itu nanti turut diserikan dengan penampilan penyanyi lagenda Dato Jamal Abdillah.

Pembelian tiket boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-4144 1104 atau 012-274 7918.

SGMS Faida