Categories: AcaraOh Lawa

Pelancaran Nur by Arjana dan sesi swafoto bersama bintang Nur 2 di Sogo penuh ceria. Semua pulang dengan senyum!

Nur, kembali mencetus fenomena menerusi musim keduanya dengan pengisian jalan cerita serta skrip yang lebih mantap!

Mula menemui penonton sejak 1 April lalu di slot Samarinda TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam, drama rantaian Nur 2, tampil memperkenalkan koleksi telekung solat  dinamakan Nur By Arjana. 

Koleksi telekung solat ekslusif yang dikeluarkan oleh blancheur.co ini kerap digayakan bintang utama Nur 2 iaitu Amyra Rosli, Fatimah Abu Bakar dan Noorkhiriah di dalam babak menarik drama arahan Sharulezad itu.

Foto: Rapid TV News

Pengasas blancheur.co, Datin Haslinda Abdul Rahim berkata, Nur by Arjana adalah koleksi kolaborasi mega dan ekslusif sempena meraikan kehangatan Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin 2018 yang turut merangkul enam trofi di Festival Drama Kuala Lumpur 2019 baru-baru ini, yang kini kembali dengan musim terbaru Nur 2.

“Nur by Arjana diinspirasikan khas daripada karektor drama Nur sekali gus meraikan kekuatan dalam kepelbagaian yang dimiliki wanita.  Arjana  mempercayai setiap wanita memiliki CA-HA-YA dan daripadanya dihadirkan aspirasi dan harapan.

 

“Seperti umum sedia maklum jenama Arjana adalah satu evolusi terbaik pakaian solat mahupun Telekung. Satu rangkaian Telekung istimewa yang harus ada di setiap rumah dan singgahsana.

“Demi kepuasan si pemakai, Nur by Arjana termasuk semua produk di bawah Arjana by Blancheur mempunyai jahitan dan rekaan eksklusif, malah ia juga sesuai dan sangat selesa untuk dibawa ke mana sahaja. Telekung solat ini menampilkan siri rose  dan variasi warna menarik seperti pink pastel, kelabu dan hitam,” katanya.

Koleksi telekung solat Nur By Arjana ini dijual dengan harga mampu milik iaitu serendah RM 299. Bersempena kehangatan Nur 2, blancheur.co juga menawarkan potongan harga sebanyak 10 peratus dengan mengaktifkan kod promosi di www.blancheur.co

 

 

Pada majlis berkenaan juga turut diperkenalkan  tiga duta utama Nur By Arjana, iaitu bekas penyampai berita TV3, Ezzah Aziz Fawzy (Ikon Siarawan), Sara Zulkifli atau Sarancak (pengacara TV dan Media Digital) dan Zuhairah Mustafa Al-Husin (penyampai berita dan penerbit).

Manakala tiga lagi duta Nur by Arjana iaitu Hawa Rizwana (penyampai berita/wartawan penyiaran), Mia Ahmad (pelakon) dan Anim Ezati (pengacara TV) tidak dapat hadir.

Suasana bertukar gamat apabila tiga bintang utama drama Nur, Amyra Rosli, Syafiq Kyle dan Azhan Rani, membuat kemunculan khas pada majlis itu sekitar jam 4 petang dan beramah mesra dengan peminat yang sudah menanti sejak tengah hari.

Pengunjung yang membuat pembelian produk Arjana seperti telekung dan tudung, tidak melepaskan peluang berswafoto dengan semua pelakon yang hadir.

 

 

 

Yanie Baharom