Joe Flizzow Mohon Maaf Kerana 16 Baris, Publika Sesak Teruk!

Selaku penganjur showcase 16 Baris yang dianjurkan secara percuma di The Bee, Publika. Joe Flizzow memohon maaf kerana pihaknya sendiri tidak menjangkakan ribuan peminat akan hadir pada malam tersebut.

Ini kerana, keterujaan peminat muzik hip hop tempatan yang mahu menonton showcase 16 Baris ini secara percuma akhirnya bertukar menjadi kekecewaan kerana lokasi tersebut tidak dapat menampung jumlah peminat yang hadir.

Menurut Joe, kejadian yang berlaku pada Ahad lepas benar-benar diluar jangkaan.

“Ini merupakan showcase pertama yang kami persembahkan dan kami tidak menjangka ribuan peminat yang hadir kerana kami telah mengumumkan bahawa first come, first served. Apa yang penting buat masa ini adalah keadaan dapat dikawal dan saya bersyukur tiada sesiapa yang cedera. Selepas mendengar apa yang berlaku diluar, perkara utama yang saya pastikan ialah tiada kaum wanita atau kanak-kanak yang tercedera.” Katanya

Justeru itu, Joe turut memuat naik entri dilaman instagramnya bagi melahirkan ucapan terima kasih terhadap peminat-peminatnya dan peminat muzik hip hop tanah air.

Joe juga turut menjelaskan kenapa lokasi tersebut menjadi pilihan pihak penganjur. Bagi Joe, lokasi tersebut dipilih kerana mereka tidak mempunyai dana yang mencukupi dan bajet mereka adalah terhad dan memandangkan persembahan pada malam tersebut tidak mempunyai sponsorship. Menurut Joe juga, jika mereka mempunyai dana yang banyak, pihak pengurusan akan memilih pentas yang lebih besar.

16 Baris merupakan kolaborasi antara Kartel Records dan Rocketfuel Entertainment yang menghimpunkan artis-artis hip hop dan telah mendapat tontonan lebih 100k  menerusi platform digital Youtube mereka.

Salma Syahbuddin