Joker Muncul Aktor Terbaik, Sempat ‘Pesan’ Tentang Kebakaran Hutan Australia

Aktor Joaquin Phoenix muncul sebagai Aktor Terbaik bagi kategori filem drama di Golden Globe 2020.

Lakonan hebat dalam Joker nampaknya menewaskan Christian Bale (Ford v Ferrari), Antonio Banderas (Pain and Glory), Adam Driver (Marriage Story), dan Jonathan Pryce (The Two Popes).

Dalam ucapannya, pelakon 45 tahun ini berterima kasih dengan pengarah, Todd Phillips yang memberi peluang dan kesempatan kepadanya berlakon dalam film Joker.

Lebih menarik, Phoenix juga mengambil kesempatan bercakap tentang kebakaran hutan di Australia. 

“Amat baik sekali melihat ramai orang mendoakan untuk Australia tetapi kita harus berbuat lebih dari itu. 

“Semoga kita boleh lakukan perubahan dengan mengambil tanggung jawab bermula dari diri sendiri, membuat perubahan, dan melakukan sedikit pengorbanan dalam hidup,” ujarnya.

Tambah Phoenix, salah satu cara adalah dengan tidak menggunakan jet peribadi untuk ke Palm Spings menghadiri acara anugerah.

Difahamkan, Golden Globe Awards ke-77 berlangsung di hotel Beverly Hilton di Beverly Hills, Amerika Syarikat. – Hollywood Reporter.

SGMS Faida