Categories: Hiburan

Jonghyun – Peminat Berhijab Berkumpul Kenang Netizen Kecam

Foto-foto peminat SHINee di Malaysia yang berkumpul di tepi Sungai Klang berdekatan Masjid Jamek, Kuala Lumpur untuk upacara memperingati Jonghyun menarik perhatian netizen.
 
Dianggarkan lebih 100 peminat hadir malam tadi untuk memperingati vokalis utama SHINee, Jonghyun yang mati pada tanggal 18 Disember lalu.
 
Peminat yang terdiri daripada pelbagai bangsa itu hadir dengan membawa beberapa barangan peringatan seperti lilin, bunga, belon dan potretnya ketika upacara itu berlangsung.
 
Sambil menyalakan lilin dan memegang belon, peminat kebanyakannya menitiskan air mata kerana terpaksa ‘melepaskan’ Jonghyun pergi buat selama-lamanya.

Bagaimanapun, foto peminat berhijab yang menghadiri upacara tersebut menerima reaksi negatif netizen.
 
Rata-ratanya menyatakan rasa terkejut dengan tindakan mereka yang dianggap melanggar batas sebagai seorang muslim.

SGMS Enal