Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir October 14, 2022 @ 3:02pm

“Jumpa Lagi, Insya-Allah” – Sissy Iman Ditidurkan, Mohon Ampun & Maaf Jika Pernah Menyakiti Sesiapa

Penyanyi dan pengacara, Sissy Iman akan ditidurkan hari ini kerana harus melalui satu pembedahan yang memerlukannya untuk tidak sedarkan diri.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Sissy terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika pernah menyakiti sesiapa sebelum menjalani pembedahan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann)

“Assalamualaikum semua. Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, Sissy nak pohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan Sissy yang pernah menyakiti korang. Doakan urusan Sissy harini dipermudahkan ya.

“Hari ini sangat penting buat saya. Saya akan menjalani satu pembedahan yang memerlukan saya ditidurkan buat seketika waktu,” tulisnya.

Menurutnya, dia memohon jasa baik semua peminat dan warganet agar tidak bertanyakan kepada ahli keluarganya mengenai perkara ini.

“Saya minta jasa baik supaya tidak bertanyakan ahli keluarga saya tentang perkara ini. Terima kasih kerana memahami.

“Semoga Allah merahmati anda semua. Jumpa lagi, InsyaAllah,” ujarnya.

Meninjau diruangan komen, rakan-rakan artis seperti Sherry Al Hadad, Shiha Zikir, Sophia Liana dan pengikutnya turut mendoakan agar urusannya dipermudahkan dan segera diberikan kesembuhan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 11 Sep 2021

Dana Perniagaan Berjumlah RM200,000 Menanti Pendengar Bertuah Buletin FM

Selepas transformasi baharu yang dilakukan oleh Buletin FM, kini stesen radio di bawah Media Prima Audio bakal menampilkan kempen menarik buat pendengar setia iaitu Usahawan Buletin FM. Buletin FM tampil dengan kempen yang lebih memfokuskan […]

Hiburan Wed, 28 Aug 2019

Fara Fauzana Kembali Ke Konti?

Yeay! Meriah lah konti lepas ni dengan suara kak Fafau kita!

Hiburan Tue, 23 Jan 2024
Hiburan Fri, 27 Apr 2018

艾维奇死因曝光「是自杀」家人悲痛

瑞典知名DJ艾维奇(Avicii)20日被发现陈尸于阿曼(Oman)首都马斯喀特,突如其来的消息震惊全球粉丝。相隔近一个礼拜后,他的家人26日发出声明,证实他是死于自杀。

Trending Thu, 10 Mar 2022

“Orang Tanya Bila Saya Nak Meminang Dia?” – Hanya Kawan, Alha Alfa Tak Kekok Dikaitkan Dengan Zara Zya

Usahawan selebriti, Datuk Seri Alha Alfa, 34, mengakui dia sudah lama menjalin persahabatan dengan pelakon Zara Zya. Menurut jurusolek popular ini, dia sendiri tidak tahu bagaimana gosip hubungan mereka boleh tercetus dan mendapat perhatian netizen. […]

Featured Sat, 14 Jul 2018
error: Content is protected !!