Kacak Persis Lee Dong Wook! Ben Amir Buat ‘Comeback’ Rambut Pendek

Setelah sekian lama berambut panjang, pelakon Ben Amir tampil membuat ‘comeback’ dengan memotong rambut pendek selepas menjalani pembedahan mata.

Menerusi perkongsian di Twitter dan Instagram, Ben telah memuat naik gambar penampilan terkininya itu sekaligus meraih pelbagai maklum balas positif dari peminat, terutamanya golongan wanita.

“Short hair era. What do u think?,” tulisnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen Twitter, kebanyakan pengikutnya jatuh hati dengan penampilan terbaru Ben dan ada yang mengatakan pelakon itu persis bintang Korea, Lee Dong Wook.

Sebelum ini, raut wajah pelakon kacak itu pernah dikatakan menyerupai pelakon jelita Datin Lisa Surihan yang turut ‘approve’ penampilan terkininya itu.

Menerusi tinjauan di ruangan komen Instagram pula, rata-rata peminatnya berpendapat Ben kelihatan kacak dan sesuai berambut panjang dan pendek.

“Short hair & long hair or whatever hair, you still gorgeous!

“You look good in both long or short hair!

“You rock both hairstyles irregardless.

“You rock any hairstyle,” tulis netizen di ruangan komen Instagramnya.

Fatin Nurain