Selepas menerima banyak soalan daripada netizen, penyanyi Kaka Azraff memaklumkan dirinya belum hamil.

Ini kerana gara-gara sebuah video di Instagramnya yang ‘mengusik’ suami apabila Kaka melakukan ujian kehamilan.

“ Saya sengaja nak mengelak daripada kemas rumah pada hari itu. Jadi saya gunakan alasan hamil untuk menyelamatkan diri.

” Adam seorang yang rajin mengemas rumah. Apabila dia melihat saya sering memberi alasan, dia pergi ke kedai farmasi berhampiran dan membeli alat ujian kehamilan,” katanya kepada Harian Metro.

Penyanyi yang baru tiga minggu mendirikan rumah tangga itu pada mulanya terkejut apabila diminta membuat ujian kehamilan.

“ Tak sangka dia minta saya untuk lakukan pemeriksaan itu dan hasil keputusan itu adalah negatif,” katanya memberitahu dirinya masih belum berbadan dua.

Dalam masa sama, pelantun lagu Sibuk ini tidak menolak seandainya diberi peluang untuk hamil dalam masa terdekat.

Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember selepas majlis merisik yang diadakan pada 27 November lalu.

SGMS Faida