Categories: Sihat

Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Disleksia Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Tahukah anda bahawa disleksia bukanlah penyakit tetapi ianya adalah gangguan dalam pembelajaran. Biasanya ia dialami oleh kanak-kanak. Kalau anda nak tahu, Tom Cruise, Orlando Bloom, Steve Job, Bill Gates dan Steven Spielberg pernah mengalami disleksia!

Penulis senaraikan apa yang perlu anda tahu tentang disleksia dalam kalangan kanak-kanak. Jom semak!

Apa itu disleksia?

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh.

Untuk pengetahuan anda, masalah asas disleksia ini adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah disleksia berbanding perempuan.

Ciri-ciri disleksia

Di peringkat pra-sekolah:

  • Lambat bertutur.
  • Mengalami kesukaran sebutan atau rima.
  • Sukar menulis nama sendiri.
  • Sukar mengenali bentuk atau warna.

Di alam persekolahan:

  • Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja ataupun mengira.
  • Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut.
  • Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘hari ini’, ‘esok’.

Foto: Says

Langkah-langkah pemulihan

Sekiranya anak anda menunjukkan ciri-ciri disleksia, anda perlu melakukan perkara seperti berikut:

  • Bantu anak menguasai maklumat secara beransur-ansur.
  • Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan).
  • Gunakan video atau alat perakam untuk belajar.

Anda sebagai ibu bapa perlu peka jika berlakunya perubahan terhadap anak-anak ya! Pastikan sentiasa bertanyakan perkembangan pembelajaran anak-anak.

Semoga bermanfaat!

Sumber: KKM Putrajaya

tex_admin