Featured By: Salma Syahbuddin April 25, 2024 @ 3:35pm

Kakak Meninggal Secara Mengejut, Kaka Azraff Ambil Alih Jaga 4 Orang Anak Saudara – “Saya Langsung Tidak Mahu Sambut Raya Tahun Ini”

Penyanyi Kaka Azraff mengaku terkesan dan tawar hati untuk menyambut raya pada tahun ini selepas kakaknya meninggal dunia secara mengejut akibat jangkitan kuman beberapa hari sebelum sambutan Ramadan.

Memetik laporan Kosmo, Kaka berkata, ini adalah tahun pertama Hari Raya Aidilfitri disambut tanpa kehadiran dua insan tercinta iaitu ibu dan kakaknya.

“Sebenarnya saya langsung tidak mahu sambut raya tahun ini.

“Tahun ini kali pertamalah raya tanpa mama, tetapi sekarang menjadi tanpa mama dan kakak. Jujur, saya hanya kuat kerana suami, anak-anak dan anak arwah kakak.

“Dan, sebab itu suka atau tidak…saya paksa diri untuk beraya supaya mereka juga ada kenangan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K A (@kakaazraff)

 

Tambahnya,  kakaknya, Noor Afida Noor Azraff, 39, turut meninggalkan empat orang anak yang masih kecil yang berusia lingkungan 3 sehingga 14 tahun.

Justeru, kaka dan adiknya mengambil keputusan untuk menjaga anak saudaranya itu bersama-sama.

“Alhamdulillah, suami saya pun mengizinkan dan bersama-sama mahu membesarkan mereka. Anak arwah memang rapat dengan saya dan sudah anggap seperti anak sendiri.

“Sekarang saya bersama adik membuat keputusan membesarkan anak saudara bersama-sama kerana bapa mereka sibuk bekerja,” jelasnya.

Mengaku emosinya belum stabil, Kaka bagaimanapun bersyukur kerana memiliki sokongan yang kuat daripada ahli keluarganya.

“Saya bersyukur saya memiliki sokongan yang kuat daripada keluarga dan orang sekeliling.

“Sekarang ini saya bukan bekerja untuk diri dan keluarga kecil saya sahaja tetapi juga untuk anak-anak arwah kakak. Aturan Allah sangat cantik, sekarang apabila bergerak sendiri rezeki semakin banyak dan ada lebih banyak masa bersama keluarga,” ujarnya.

Terdahulu, berita duka pemergian kakak tersayangnay dikongsikan sendiri oleh Kaka menerusi hantaran di Instagram miliknya pada 8 Mac lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K A (@kakaazraff)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Nov 2022
Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Gitaris Aji, Meninggal Dunia Sehari Selepas Sambut HariJadi Ke-50

Selepas arwah Kelly, kini industri muzik kehilangan Aji pula.

Hiburan Fri, 15 Dec 2017

CL ADMITS THAT IT HAS BEEN EXTREMELY DIFFICULT WORKING IN AMERICA

Even celebrities face a lot of struggles too 🙁

TECH Tue, 2 Apr 2019

SilverPush Launches in Hong Kong, Expands APAC Operations

SilverPush is introducing the latest way of advertising; AI based marketing-technology.

Featured Thu, 11 Aug 2022

Gara-Gara Video Berunsur L*cah, PU Syed Beri Teguran Buat Aliff Syukri – “Bayangkan Anak Kamu…”

Fikir soal kematian, sedia ke nak tanggung dosa penonton – PU Syed

Trending Fri, 16 Oct 2020