‘Kalau Ada Jodoh, Adalah…’- Ara Johari Mengaku Ada Boyfriend?

Penyanyi Ara Johari mengaku dirinya masih belum memiliki teman lelaki buat masa ini.

Ara ketika diminta mengulas tentang gambar seorang jejaka yang dikenali sebagai Ezdwan Shah di Instagramnya turut menafikan sedang bercinta dengan lelaki tersebut.

“ Bukan kekasih, dia salah seorang teman rapat saya. Sebenarnya saya banyak memuatnaik gambar dengan kawan-kawan lelaki sebelum ini. Tak sangka pula bila bergambar dengan Ezdwan, viral orang ingat kekasih saya pula.

“ Mengenai spekulasi bunga pula, waktu itu saya menulis ketika tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Malas fikir panjang, saya letak emoticon bunga sahaja. Bukan bercinta pun,” katanya ketika ditemui di sidang media pengumuman barisan artis Rocketfuel di The Bee, semalam.

Pelantun lagu Paku ini mengaku tidak memiliki rancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat berikutan usianya yang masih muda.

“ Saya sasar kahwin lambat lagi, lagipun usia baru nak masuk 22 tahun. Buat masa ini saya mahu berkawan dengan semua orang dahulu. Mungkin dalam masa empat ke lima tahun lagi, Insha Allah.

“ Karier nyanyian dan keluarga merupakan fokus saya buat masa ini. Saya mahu kumpul duit untuk kesenangan ibu-bapa dahulu, baru saya akan fikir tentang kahwin,” kata finalis Anugerah Juara Lagu 33 ini. 

Oleh: Nabil

SGMS Faida