Categories: Trending

Baling keju ke wajah bayi, kegilaan apakah ini warganet?

Membaling keju ke wajah bayi atau cabaran yang dipanggil cheesed challenge ini menjadi kegilaan terbaharu netizen di media sosial.

Dilakukan sekadar suka-suka, semuanya bermula apabila seorang pengguna Twitter @unclehxlmes memuat naik video dirinya mencampak sekeping keju pada muka adiknya yang sedang duduk di atas kerusi.

“Just cheesed my lil brother,” tulis @unclehxlmes.

Video itu kemudian tular sehingga mendapat lebih lapan juta tontonan dengan pelbagai reaksi, sekali gus mendorong netizen untuk melakukan perkara yang sama. 

Berikut adalah antara video cabaran yang dimuat naik di laman Twitter dan Instagram.

 

 

Seperti biasa, cabaran terbaharu itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Ada yang melihat ia sekadar hiburan dan yang lain menyifatkan ia sebagai satu cabaran ‘bodoh’ terutamanya apabila perbuatan itu membuatkan si kecil panik kerana berasa lemas dan terkejut!

Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, cabaran yang tidak bermanfaat ini kurang sesuai diamalkan kerana boleh memudaratkan bayi.

 

Yanie Baharom