Categories: Trending

#SetulusIkhlas : Remaja Melampau, Buli Budak Sekolah Di Taman Permainan

Baru-baru ini viral menerusi laman twitter apabila seorang lelaki didakwa membuli seorang kanak-kanak  dengan menolak dan meludah muka mangsa.

Menurut pengguna twitter, Nur Eva Natasya, kejadian ini berlaku kepada adik kenalannya yang turut mengalami luka dan lebam dibahagian badannya akibat dibuli. Tambahnya lagi, lelaki tersebut berbadan besar dan mangsa cumalah kanak-kanak yang berbadan kurus.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dan rakannya sedang bermain di taman berdekatan kawasan rumah mereka.

Justeru itu, ramai yang turut marah dan tidak berpuas hati melihat perbuatan melampau lelaki tersebut. 

Apapun, sempena ramadaan yang bakal tiba ni, diharap kejadian sebegini tidak akan berulang lagi. Lebih-lebih lagi buat golongan remaja dan generasi akan datang. Apa agaknya perasaan ibu-bapa atau adik abang sekiranya darah daging kita diperlakukan sedemikian rupa. 

Yang penting, marilah kita eratkan silaturrahim, saling hormat menghormati, Ikhlas dan hiduplah dengan harmoni dan aman damai tanpa mengenal status,budaya, mahupun warna kulit.#SetulusIkhlas

Salma Syahbuddin