‘ Tak Ada Doa Dan Usaha, Memang Single Ke Sudah Jawabnya’, Baim Wong Kongsi Tips Buat Si Bujang

Dua minggu bergelar suami, makin berseri-seri nampaknya wajah pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong.

Melangsungkan perkahwinan pada 22 November lalu, Baim kini sedang meniti hari bahagia bersama isteri tersayang, Paula Verhoeven.

Menerusi laman Instagram Baim, pelakon berusia 37 tahun ini sempat menitip pesan buat lelaki atau wanita bujang di luar sana yang masih single. 

” Yang jomblo (single) jangan putus asa yaahh…Si cantik dan si cakep lagi nunggu dicari, jangan diam terus di rumah.

” Kalau mau dapat yang cantik, usahanya juga bertahun. Doanya juga bertahun-tahun. Tapi kalau ga ada doa sama usaha, pantesaaan jomblo mulu…Yuuuk!! Semangat terus cari si dia,” tulisnya diakhiri dengan ayat presiden jomblo.

Sebelum ini, Baim terkenal dengan gelaran Presiden Lelaki Jomblo (Lelaki Bujang) kerana sudah lama keseorangan sedangkan rakan seusianya sudah berpasangan. Amboi Baim… lepasni boleh beri tips rumah tangga pula ya!

 

SGMS Faida