“Kalau Sayang Lagi, Jadi Gentleman” – Zarina Anjoulie Minta Khazrul Henti Ulas Isu, Dedah Putus Tunang Gara-Gara…

Pelakon Zarina Anjoulie memuat naik sebuah hantaran di akaun TikToknya meminta bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey berhenti untuk menjadikannya sebagai kandungan di media sosial.

Wanita yang mesra disapa Anju itu turut berharap agar semua pihak dapat bersikap matang.

“Stop guna kan saya untuk bahan content dari awal kita bersama sampai sekarang dah putus masih jadi bahan content… sebab setiap apa yang awak post media dan orang cari saya… adakah saya ni content semata-mata? Yang artisnya saya, harap kita boleh sama-sama matang dalam isu ini,” tulis Anju.

Malah, Anju turut meminta bekas tunangnya itu untuk menghubunginya jika masih ada perkara yang belum selesai untuk dibincangkan.

“Kalau rasa sayang, rindu or benci ada yang tak puas feel free to text me direct bukan jadikan saya content… saya bukan musuh awak tapi boleh jadi musuh awak, harap kita boleh sama-sama matang dalam isu ini ya.

“Jangan cucuk saya nanti padah jadinya kang. Saya tengah cuba sedaya upaya untuk bersikap matang, saya tak nak nanti jadi isu… kita kalau boleh nak berubah jadi lagi baik bukan lagi teruk.

“Stop ulas isu, stop guna pic saya untuk posting, thank you. Saya minta maaf kalau ada salah silap,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, menerusi entri yang dimuat naik bersama, Anju mendedahkan bahawa ikatan pertunangan mereka terlerai akibat ego.

“Kalau awak rasa awak sayang lagi hubungan kita then jadi gentleman call saya, SMS saya… bukan posting kat TikTok pasal saya.

“Awak pernah jadi tunang saya of course saya masih boleh bincang dengan awak… ingat EGO adalah punca utama boleh hancur mana-mana hubungan dan sebab EGO la hubungan kami hancur. So, be a man and fix it,” kongsi Anju lagi.

Terdahulu, Zarina memuat naik hantaran dengan berpenampilan seksi dan memberi bayangan kepada umum bahawa dia telah putus tunang.

Malah, Anju telah memadam semua gambarnya bersama tunang di media sosial dan menguatkan lagi dakwaan tersebut.

Artikel Berkaitan: Beri ‘Hint’ Telah Putus Tunang, Netizen Minta Khazrul Pujuk Semula Zarina Anjoulie – “Di Dunia Tak Ada Yang Sempurna”

Artikel Berkaitan: “Tak Sebaik Yang Mama Impikan” – Hanya Mahu Teruskan Persahabatan, Zarina Anjoulie & Khazrul Putus Tunang?

Artikel Berkaitan: “Broken Tapi Masih Bertahan” – Tampil Seksi, Zarina Anjoulie Dah Putus Tunang?

Atiqah Johari