“Kalau Terlalu Takut Bagaimana Nak Cari Rezeki?” – Terima Ugutan Bunuh, Baby Shima Lebih Berhati-Hati

Penyanyi dangdut kontroversi, Baby Shima mendedahkan dirinya pernah berdepan dengan situasi di mana menerima ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenali.

Namun begitu, dia memilih untuk tidak terlalu memikirkan mengenai perkara itu.

Memetik laporan Harian Metro, Shima menjadikan insiden yang berlaku kepada pelakon Kamal Adli dipukul dan diserang itu sebagai langkah untuk dirinya lebih berjaga-jaga.

“Saya sudah terbiasa dimarahi dan dimaki oleh segelintir masyarakat tanpa sebab jadi saya maklum bukan semua orang menyukai kita. Jadi, saya sudah bersedia dengan kemungkinan itu.

“Biarpun pernah menerima ugutan bunuh dan sebagainya, namun saya enggan terlalu ambil serius mengenai perkara itu. Jika tidak bagaimana saya hendak mencari rezeki seandainya terlalu takut kan?

“Oleh itu, saya mengambil pendekatan lebih berhati-hati jika ke mana-mana. Insya-Allah, tidaklah sehingga ada yang ingin ke tahap ingin mencederakan saya,” jelasnya kepada Harian Metro.

Terdahulu, pelantun lagu Pura Pura Bujang ini juga seringkali menerima kiriman mesej berbaur lucah di Instagram oleh individu yang tidak dikenali.

Artikel Berkaitan: “Saya Dah Lama Nak…” – Baby Shima Dedah Wajah Dan DM Lelaki Ajak Lakukan Seks

Artikel Berkaitan: “Saya Masih Tahu Jaga Batas, Tidaklah Terlalu Seksi Sehingga Tayangkan Lurah…” – Baby Shima Sering Terima Foto Lucah

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari