“Kamu Panggil Kakak Saya ‘Jal*ng’, Tolong Jauhkan Diri” – Syada Amzah Tak Maafkan Individu Hina Keluarga

Penyanyi Syada Amzah yang merupakan adik kepada pemenang Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36), Shila Amzah memuat naik sebuah ciapan di akaun Twitter meluahkan rasa kesal terhadap tindakan seorang individu yang dipercayai melemparkan kata-kata kesat kepada keluarganya.

Berdasarkan ciapan yang ditulis Syada, dia menyifatkan kelakuan individu tersebut sangat keterlaluan sehingga Syada bernekad untuk tidak akan memaafkan individu tersebut.

Tulisnya lagi, Syada memohon agar individu tersebut untuk menjauhkan diri daripada mereka sekeluarga.

Bagaimanapun, ciapan Syada sehingga kini masih menjadi tanda tanya wargamaya mengenai gerangan individu yang dimaksudkan oleh Syada.

Meninjau di ruangan balas ciapan tersebut, ramai dalam kalangan pengikut Syada yang turut meluahkan pandangan serta berasa kesal atas tindakan individu berkenaan yang dianggap sangat tidak bertanggungjawab.

Sehingga kini, ciapan tersebut telah meraih lebih 2,100 ulang kicau dan 6,607 tanda suka.

Aqilah Paharuzi