Alami Simptom Lebih Teruk, Nabila Huda Positif Covid-19 Kali Kedua – “Demam On-Off & Tekak Rasa Sakit Sangat”

Pelakon dan pengacara popular, Nabila Huda disahkan positif Covid-19 buat kali kedua.

Perkara itu dimaklumkan oleh Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil selepas menjalani ujian kendiri buat kali kedua menerusi Instagram Story miliknya.

Selain itu, Abil mengakui kali ini kesakitan yang dialaminya itu lebih teruk berbanding pertama kali dijangkiti wabak berkenaan.

Malah, turut mengalami simptom seperti sakit tekak, selsema dan demam secara on-off.

“Hi guys, oh ya… saya kena Covid lagi untuk kali kedua.Dan kali ini, dia macam sakit dia lagi worst dari the first one.

“So this time,  saya ada simptom macam sakit tekak yang sakit gila then flu sikit dan demam secara on off.

“I Buat test yang pertama tu negatif… tapi, bila i sampai sini (Perlis) it’s positif pula…Yang pertama tu dia tak macam ni, i hilang deria bau dan rasa. Yang sekarang ni, rasalah sakit tu,”  katanya.

Justeru itu, Abil memohon agar semua peminat mendoakan kesihatannya secepat mungkin memandangkan beliau kini sedang terlibat dengan penggambaran filem arahan Osman Ali bersama-sama Ellie Suriyati, Scha Alyahya dan ramai lagi.

“Doakan saya cepat sembuh okay. Saya okay cuma berehat dan kru produksi, pelakon semua belikan makanan, ubat dan mereka jaga saya dengan baik,” jelasnya.

Salma Syahbuddin