Kantoi! Universiti Malaya Nafi Boy Iman Calon PHD

Universiti Malaya (UM) mengeluarkan satu kenyataan menafikan bahawa pelakon NorulIman A. Rahman atau Boy Iman sebagai calon Doktor Falsafah di pusat pengajian tersebut.

Kenyataan ini menjawab persoalan selepas pelakon kontroversi itu memuat naik sekeping gambar kad pelajar menyerupai pelajar universiti itu di laman Instagramnya.

“Berhubung dengan satu isu yang berkaitan status pendaftaran calon Pendaftaran Doktor Falsafah Boy Iman, UM ingin menegaskan bahawa ia tidak benar.

“Ini kerana dalam carian sistem kami, tiada calon di bawah nama itu bagi jurusan Doktor Falsafah Pentadbiran Perniagaan di universiti kami,” tulis kenyataan tersebut.

Terdahulu, Boy Iman telah memuat naik gambar kad pelajar UM di laman Instagramnya kononnya sebagai bukti kepada peminat bahawa dia sedang menyambung pengajian di peringkat PhD. Namun gambar tersebut telah dipadam! 

 

SGMS Faida