“Kau Datang Jumpa Aku, Kau Urine Aku” – Naqiu Cabar Individu Tuduh Dirinya Ambil Bahan Terlarang

Penyanyi, Naqiu menepis tuduhan yang mendakwa dirinya mengambil bahan terlarang dek kerana saiz fizikalnya yang kecil.

Pemilik nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib ini berkata, dia sudah berhadapan dengan tuduhan begini sejak sekian lama dan mencabar individu yang melemparkan tuduhan itu berjumpa dengannya.

“Sebenarnya saya dah hadap benda macam ni dan berpuluh tahun.

“Kepada orang yang bercakap begini, topik-topik sampah ini, check balik pernah ke tak fizikal saya naik atau badan saya mengembang lebih daripada saiz sekarang sebelum ini?

“Sebab ada bukti, saya dah ada dalam industri daripada umur 15 tahun, saya menyepi dari 2008 dan bila saya kembali saya tetap macam ini juga.

“Semua orang yang kurus ambil barang ke macam mana? Saya tak faham, sepanjang kehidupan saya banyak kali bila ‘road block’, berapa kali dah saya kena urine tetapi mereka hanya jalankan tugas, tak apa.

“Yang korang ni kenapa pulak? Orang kurus je hisap dadah, bila orang berbadan besar korang kutuk pula, korang nak apa sebenarnya?.

“Apa yang saya boleh cakap, kaji balik pernah ke badan saya kembang daripada sekarang. Saya cabar orang yang cakap tu, kau datang jumpa aku, kau urine aku, kalau tak ‘sangkut’, kau siap,” kata Naqiu dalam temubual bersama Melodi TV3.

Pelantun lagu Rindu Separuh Nyawa ini juga berharap tuduhan tidak berasas itu tidak berbalik kepada pemfitnah malah masih mencabar individu itu untuk berhadapan dengannya.

“Saya mendoakan apa benda yang awak cakap kepada saya tak terkena dekat awak balik ataupun keturunan awak.

“Sebab apa, saya ada keluarga, saya boleh membayangkan benda-benda ini ditanya direct ke keluarga saya, apa perasaan diorang bila orang cakap macam ni?

“Terima kasih banyak-banyak, cabaran tu masih terbuka, korang boleh datang jumpa saya, kau urine saya, tapi kalau tak sangkut, korang hadaplah akibatnya,” tutup Naqiu tegas.

Sumber: Melodi TV3

Khairil Khusyairi