Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 17, 2024 @ 6:37pm

“Kau Orang Kata Saya Ahli Neraka, Tak Kan Masih Nak Minta Tolong Saya” – Elyana Bengang Dijadikan ‘Tempat’ Rujukan Penyakit, Dedah Sering Dimaki Hamun

Penyanyi dan pelakon, Elyana meluahkan rasa kesal apabila sering dijadikan ‘tempat’ warganet bertanyakan tentang penyakit.

Menurut pemilik nama penuh, Erneelya Elyana Emrizal, 37, meskipun pernah menghidap penyakit kanser tahap empat sebelum ini, namun itu bukanlah alasan untuk orang ramai diluar sana menjadikan dirinya sebagai tempat rujukan.

“Minta maaf, saya bukan klinik atau hospital untuk semua orang nak dapat jawapan tentang penyakit ya. Saya pun pesakit macam anda,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu ini menjelaskan sukar untuk menjadi seperti dirinya kerana perlu menjaga hati semua orang.

“Berat jadi saya ni. Nak kena layan semua orang bila orang perlukan.

“Bila ada yang tak kena dimata orang, orang maki hamun saya macam saya ni tak ada perasaan. Saya bukan malaikat,” jelasnya.

Perkara itu dikongsi Elyana menerusi hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram Stories miliknya.

Mengulas lanjut, ibu kepada dua cahaya mata itu meminta agar orang ramai mendapatkan nasihat daripada pakar dan bukan daripadanya.

“Kau orang kata saya ahli neraka, tak kan masih nak minta tolong saya.

“Ramai lagi orang yang bijak pandai dekat luar sana,” tambahnya.

Sekadar info, pada Disember 2021, Elyana disahkan bebas daripada penyakit kanser Limfoma tahap empat selepas bergelut dengan penyakit itu selama 11 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 22 Apr 2022
Hiburan Fri, 31 Jan 2025
Hiburan Fri, 10 Jan 2025
Hiburan Wed, 14 Sep 2022
Hiburan Sun, 5 Dec 2021

Siti Nordiana, Iman Troye, Noraniza Idris & Bunga Antara 10 Terakhir Yang Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36 – Jom Semak SENARAI LENGKAP 30 Lagu Yang Layak!

Selepas 10 lagu pertama diumumkan pada 21 November lalu dan 10 lagi lagu diumumkan pada 28 November lepas, 10 lagu terakhir yang mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 diumumkan sebentar tadi. Berakhirlah sudah […]

Hiburan Fri, 20 Aug 2021

Zoey Rahman & Zarina Anjoulie Turun Padang Bantu 200 Abang Rider

Pelakon, pengacara dan usahawan, Zoey Rahman turun padang membantu kira-kira 200 orang penghantar makanan. Menjalankan program kemasyarakatan anjuran jenama kosmetik miliknya, Mikaseries, Zoey memberikan fokus untuk membantu mereka yang mencari rezeki dengan menjadi ‘rider’ makanan. […]

Featured Thu, 12 Jun 2025

Gara-Gara Dituduh Simpan Dokumen Jantung Fara Salleh, Shuk Sahar Minta Bantuan ‘Maid’ Geledah Rumah 

Shuk Sahar seakan tidak berpuas hati apabila dikatakan menyimpan dokumen jantung milik Fara Salleh.

Hiburan Wed, 26 Jun 2019
error: Content is protected !!