Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 11, 2024 @ 4:20pm

Kekal Tenang Hadap Provokasi Fathia Latiff, Penampilan Terbaharu Aiman Hakim Curi Tumpuan… Netizen Komen: “Unbothered, Patut Nenek Kebayan Meroyan!”

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Zahirah Mcwilson dan suami, Aiman Hakim Ridza mencuri tumpuan susulan tercetusnya provokasi yang dilakukan oleh pelakon, Fathia Latiff.

Meskipun pelbagai tuduhan dan hinaan diberikan terhadap isterinya, pasangan pelakon sama cantik, sama padan itu bagaimanapun tidak mengendahkan kata-kata negatif yang diberikan terhadap mereka.

Malah, dalam kekecohan yang timbul, Aiman Hakim, 34, mencuri tumpuan warganet selepas memuat naik fotonya ketika menjadi penghias muka hadapan majalah popular pada Khamis.

“Men are made how men should be – @aimanhakimridza,”.

“Membuka tirai tahun baharu, GLAM Lelaki mempersembahkan hero Malaya, @aimanhakimridza sebagai wajah pilihan untuk edisi digital Januari 2024. Suami kepada pelakon jelita @zahirahmacwilson ini mengumumkan bakal menimang anak kedua tidak lama lagi,” tulis pada kapsyen berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

Tampil segak dengan gaya persis model, Aiman sekali lagi menuai pujian dalam kalangan warganet.

Bahkan, ramai yang memuji tindakan pasangan ini apabila tidak melayan provokasi yang didakwa sengaja ditimbulkan oleh Fathia.

“Kesian yang dekat sana, sengaja korek khazanah magazine tahun bila… Ni laki si bibik terpaling latest punya keluaran okay.

“Please take care of kak Zahirah.. dia pregnant perlu jaga mental dan emosi dia.. semoga abang Aiman dan kak Zahirah sekeluarga dilindungi Allah SWT .

“Dia pun sibuk nak post gambar laki orang. Alaaa sedihnya.. makin seram zaman now.

““Suami kepada pelakon jelita”… Ya Allah memang betul sangat lah statement ni.

“Haa, cenggini suami bibik.. patut la yang terpaling cantik tu mengkera sehingga kini.

“Keep cool bro! Jangan layan issue. Dia tengah provoke tu.

“Ada yang panas tapi bukan api.

“Patut la nenek kebayan meroyan. Tengok suami bibik hot,” komen netizen.

Terdahulu, Fathia Latiff mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik gambar bersama Aiman dengan kapsyen ‘I know you still love me’ menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.

Sekadar info, Fathia dan Aiman pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun, namun mereka berpisah pada  2015.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Apr 2024
Featured Wed, 21 Feb 2018

D’Bendang, Lokasi Percutian Menggamit Nostalgia Di Tengah Sawah

Indah pemandangan di siang hari, sebelah malamnya pula bertemankan nyaring dan sayup suara burung hantu bersilih ganti curahan hujan lebat, antara nikmat suasana semalaman berkampung di teratak D’Bendang Homestay, terletak di Kg. Sungai Sireh, Kuala Selangor.

Eat Travel Wed, 14 Nov 2018

The Billboard, Markas Baru Buat Penggemar Masakan Barat!

Sambil menikmati hidangan yang lazat, anda juga ditemani alunan muzik menggetar jiwa. Cool habis!

Events Sat, 1 Mar 2025

Mengaku Penakut, Nadiya Nisaa ‘Minta’ Doa Pada Ustaz Sebelum Mulakan Penggambaran Filem – “Saya Memang Akan Baca…”

Namun, sepanjang proses penggambaan filem seram, dia tidak pernah berdepan dengan pengalaman mistik.

Featured Sun, 2 Oct 2022
Hiburan Sat, 2 Dec 2017

Feeya Iskandar Hamil Anak Kedua

Melalui laman Instagram penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar telah berkongsi berita gembira dimana dirinya itu kini sedang hamil anak kedua. Feeya atau lebih mesra dipanggil Cik Piah itu mengumumkan berita tersebut pada 23 November lalu, […]

error: Content is protected !!