Kenali Bekas Ratu Cantik Yang Akhirnya Jadi Setiausaha Politik

Wajahnya yang cantik sudah pasti membuatkan ramai yang beranggapan bahawa wanita ini merupakan seorang bekas ratu cantik bukan? Jo-Anna Sue Henley Rampas merupakan ratu cantik Sabah pada tahun 2007. Gelaran itu diberikan sempena pesta Kaamatan Unduk Ngadau pada tahun tersebut.

Dan siapa sangka, wanita cantik ini juga baru sahaja mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal. Perlantikan tersebut telahpun diadakan pada Rabu lalu di Kementerian Kewangan Malaysia. 

 

Acara perlantikan ini turut dikongsikan oleh beliau menerusi akaun instagram miliknya.
Kalau ditanya apakah definisi sebenar beauty with brain, mungkin korang boleh jadikan beliau sebagai sumber rujukan. Bukan sahaja cantik, ditambah dengan senyuman yang manis, Jo-Anna Sue juga merupakan seorang penyanyi sebelum bergiat aktif dalam pertandingan ratu cantik di negeri di bawah bayu itu.

Sumber : Instagram @jshr89

Wanita berdarah campuran ini juga merupakan pemegang Sarjana lulusan undang-undang dari Universiti of West England, United Kingdom. Wow, jangan main-main tau!
Apapun, kami di xtra mengucapkan semoga Jo-Anna dapat menjalankan tugas dengan cemerlang!
You go girl!
Salma Syahbuddin