Penyanyi yang terkenal dengan lagu Ku Rela Dibenci ini akhirnya mengakui bahawa dia telah ditampar oleh seorang pelakon senior. Namun, Aiman bagaimana pun tidak menganggap itu sebagai masalah kerana baginya, pelakon senior iaitu Fazlina Ahmad Daud cuma mahukan beliau menjiwai watak dalam membintangi drama bersiri, Mak Cun.

“Saya tiada masalah berlakon, cuma sukar apabila perlu melakonkan babak marah dan sedih serentak. Saya ada bertanya kepada pengarahnya, Erma Fatima, bagimana mahu menjiwai babak itu. Kebetulan Fazlina yang saya panggil Kak Baby ada bersama dan dia membawa saya ke satu sudut. Dia meminta saya mengenang semula perkara sedih dalam hidup. Tiba-tiba, dia menampar saya. Tindakannya itu membuatkan saya terkejut. Namun sebaik selesai penggambaran babak itu, dia terus memeluk saya dan memohon maaf.”

“Saya faham dan tidak marah kerana dia hanya membantu saya menghayati watak. Sampai patah gitar yang dijadikan props gara-gara menjiwai watak.” Tambahnya

Aiman yang membawakan watak sebagai Kumin dalam drama tersebut tidak menyangka gurauan ibunya, Hazelina Mat Jalil yang mencadangkan kepada Erma supaya mengambil anaknya itu berlakon menjadi kenyataan.

Bagi Aiman, beliau memang sudah lama menantikan peluang untuk berlakon mana-mana drama, dan peluang yang ada didepan mata ini tidak mungkin dilepaskan lebih-lebih lagi drama tersebut memang sudah cukup popular dikalangan rakyat Malaysia.

Salma Syahbuddin