Categories: HiburanSelebriti

KENAPA GADIS BIKINI PUNCA LAGU DROP DAPAT SAMBUTAN HANGAT?

Mengakui kontroversi adegan gadis Brazil memakai bikini dalam muzik video single terbarunya Drop itu sedikit sebanyak menyumbang kepada jumlah tontonan di laman Youtube. Bagi Joe, isu tersebut nyata membuatkan netizen diluar sana lebih cenderung untuk mengetahui identiti wanita dalam klip video itu.

“Isu wanita berbikini dalam muzik video Drop ada baik dan buruknya. Namun, saya lebih melihat kepada impak yang baik. Saya terkejut apabila ada individu yang tidak meminati muzik hip hop atau rap menonton muzik video itu semata-mata mahu tahu siapa gadis Brazil itu. Secara tidak langsung ia menyumbang kepada jumlah tontonan di platform tersebut,” Jelasnya.

Sumber : Instagram @flizzow

Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 39 menegaskan dia malas memikirkan isu mengenai muzik videonya itu terutamanya jika melibatkan tentang kritikan netizen dan komen-komen negatif dari mereka. Lantas lebih senang untuk tidak membaca langsung komen tersebut.

“Rata-rata yang memuji adalah peminat genre muzik ini dan yang memberi kecaman adalah mereka yang bukan penggemarnya,” katanya ketika ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta jam tangan Hublot di St. Giles Hotel, Kuala Lumpur semalam.

Sumber : Instagram @flizzow

Muzik video yang diarahkan oleh Shimy Julaini itu telah menerima lebih 1.3 juta tontonan dilaman Youtube sejak ianya dimuat naik pada 23 November 2017. 

Dalam perkembangan lain, penyanyi rap ini bakal mengeluarkan single terbaharunya bersama penyanyi Alif Sleeq yang dijangka akan dilancarkan sebelum bulan Ramadan tahun ini.

Salma Syahbuddin