Kenapa Ifa Raziah Disamakan Dengan Sailormoon?

Betulkah Ifa Raziah buat pembedahan plastik?

Perubahan bentuk wajah penyanyi dan pelakon ini begitu ketara sejak kebelakangan ini. Wajah yang runcing dan berseri itu mendapat perhatian netizen sehingga ada yang menggelarkan diri beliau sebagai salah satu watak dalam siri anime iaitu, Sailormoon.

Ditanya apakah rahsia Ifa mendapatkan wajah yang berseri dan runcing itu, Ifa memberitahu dia hanya bertemu pakar untuk mengatasi masalah kulit sensitif dan beliau menolak sama sekali dakwaan berkenaan melakukan pembedahan plastik dan juga kaedah menyedut lemak untuk tampil cantik seperti sekarang.

“Saya hanya melakukan rawatan kulit dan facial seminggu sekali sahaja. Selain itu, selalu juga berjumpa doktor kulit kerana ada masalah kulit sensitif. Saya tidak kisah orang nak gelar saya Sailormoon ke apa-apa sekalipun, saya bersyukur kerana semakin cantik dan sihat serta nampak muda bukan kerana saya buat pembedahan muka atau sedut lemak tapi disebabkan keikhlasan dan kejujuran hati.” Katanya

 

Menurut Ifa, sebagai manusia beliau tidak dapat memuaskan hati semua pihak dan kecaman serta kritikan itu dianggap perlu dihadapi.

“Pada saya mereka kurang kasih sayang, mungkin mereka tidak mampu untuk berbelanja lebih untuk kecantikan sebab itu cemburu melihat orang lain.”

Tambahnya lagi, untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik, setiap orang haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengambil berat terhadap gaya pemakanan yang betul serta minum air putih secukupnya.

“Dulu saya suka berzumba tapi sekarang kekangan masa, jadi kena jaga pemakanan hari-hari. Paling penting kena M\minum air putih banya-banyak. Saya juga tidak makan daging dan makanan laut kecuali ikan.” Jelasnya

Salma Syahbuddin