Kenapa Penyanyi Lagu Amalina Ini Terkilan Dengan Aliff Syukri ?

Bak kata pepatah melayu, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya” itulah yang dilalui oleh penyanyi yang popular menerusi lagu Amalina, Santesh. Isu keterlajuran kata mengenai isu warna kulit yang diperkatakan oleh usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri pada sebuah program realiti nyanyian baru-baru ini nampaknya menimbulkan rasa tidak puas hati daripada pihak penyanyi ini.

Justeru itu, pihak Santesh iaitu PU4LYF telahpun mengadakan perbincangan bersama peguam berhubung perkara berkenaan. Menurut mereka, perkataan yang dikeluarkan oleh Aliff Syukri semasa rancangan itu berlangsung disifatkan sebagai tidak beretika kerana menyentuh isu sensitif seperti warna kulit.

Bagaimanapun, usahawan terkenal itu telahpun memohon maaf secara terbuka menerusi rakaman video ekoran keterlanjuran kata terhadap Santesh.

Walau bagaimanapun, kita doakan semoga perkara ini diselesaikan dengan cara baik.
Salma Syahbuddin